KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) akan berbincang mengenai intervensi menangani kemiskinan tegar di negeri ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (PH-Kadamaian) dan Ahli Parlimen Penampang berkata perbincangan itu bagi merumuskan cadangan intervensi keusahawanan dan pendidikan seterusnya melengkapi inisiatif yang dirancang dalam mendepani isu itu.
"Saya ingin menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama bagi membangunkan sektor keusahawan melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah seperti yang dihasratkan Tuan Yang Terutama (Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin).
"KUSKOP juga menyusuli amanat ini dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah bagi pembangunan komuniti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Ucapan Terima Kasih Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin Atas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri pada persidangan itu.
Ewon berkata pencapaian pelaburan asing dengan nilai keseluruhan RM26.7 bilion dalam tempoh antara 2021 hingga 2023, serta penurunan daftar miskin tegar kepada 12,555 isi rumah adalah dua pencapaian besar yang harus dihargai dan dibanggakan negeri ini.
Beliau turut menghargai persetujuan kerajaan Sabah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Bersama bagi menyelaras agensi serta jabatan terkait fungsi pembangunan keusahawanan antara Persekutuan dan negeri agar memberikan impak maksimum kepada aktiviti ekonomi di Sabah.
Sementara itu, Datuk Dr Yusof Yacob (GRS-Sindumin) ketika membahaskan usul sama berkata sikap suka mengungkit tentang kegagalan menyediakan infrastruktur sempurna sebelum ini tidak akan memberi faedah kepada rakyat Sabah.
Sebaliknya beliau berkata kerajaan Sabah kini diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor perlu diberi dukungan kukuh dalam usaha menyediakan pelbagai infrastruktur untuk rakyat dan menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
"Cukup-cukuplah menyalahkan satu sama lain. Sepatutnya beri sokongan dan bagi peluang kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah selesaikan masalah negeri ini," katanya.
Yusof yang juga Pengerusi Kelab Backbenchers GRS juga meminta rakyat memberi masa dan memahami hasrat kerajaan negeri itu dalam menyelesaikan masalah yang ada terutamanya melibatkan bekalan air, elektrik dan jalan raya.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya kemudian menangguhkan persidangan itu ke hari esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Ewon berkata perbincangan itu bagi merumuskan cadangan intervensi keusahawanan dan pendidikan seterusnya melengkapi inisiatif yang dirancang dalam mendepani isu itu. - Gambar fail/BERNAMA
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Mahkamah tetapkan Isnin depan keputusan larang Chegu Bard
Keputusan mahkamah perintah larangan pada Isnin terhadap Chegu Bard memberi komen atau ulasan berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Kementerian akan tambah Autogate di pintu masuk negara
Susulan pengumuman warga 46 negara dibenar guna Autogate, kementerian bercadang untuk menambah bilangan kemudahan itu di semua pintu masuk negara.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Warga asing dari 46 negara dibenar guna Autogate untuk masuk ke Malaysia
Antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu adalah 26 buah negara daripada Kesatuan Eropah dan negara dari Asia, termasuklah China, Hong Kong, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman dan Qatar.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.
LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.
Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.
Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.